Monday, February 2, 2009

Adalah Wanita

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka
merajuk,tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.



2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak
tentu hala,kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.



3. Halus : Ibarat sehelai sutera,
cantik,mulus,lembut dan mudah tercarik dan koyak.Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan,biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran.Bukan DENDAM mahupun MENGUNGKIT!..tp lelaki selalu salah paham.



4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.



5. Korban : WANITA sanggup berkorban
apa saja untuk seseorang yang amat disayangi,termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.



6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan
keadaan sekeliling dalam diam.



7. Manja : Walaupun dia adalah seorang
WANITA yang pandai berdikari,naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA.Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI,namun juga sesama kaum.



8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan
kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya
apabila bersemuka dengan yang dicintai.



9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita
adalah yang paling dalam dan tulus.



10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal.NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja.LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu.Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.



** Peranan LELAKI dalam kehidupan
WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah.WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja,bukan untuk dikasari.

No comments: