Sunday, August 23, 2009

KEUARGA H1N1

H1N1: Variasi Influenza A ini kini endermik yang wujud secara berterusan pada manusia n babi. Variasi H1N1 pada 1918 dan 2009 adalah berbeza. H1N1 pada 1918 membunuh antara 50 hingga 100 juta manusia di seluruh dunia dan berkemungkinan menjadi permulaan kebaynkkan variasi virus Influenza A kini termasuk selesema babi 2009.

H1N2: Variasi ini endermik pada manusia dan babi. Variasi baru H1N2 dilihat muncul akibat gabungan genetik antara virus Influenza A H1N1 dan H3N2.

H2N2: Variasi ini menyebabkan pandemik selesema burung yang bermula dari China pada 1957. Virus ini merebak ke seluruh dunia dan berhenti pada 1958 selepaas vaksin terhadapnya dikeluarkan. Dianggarkan 1 hingga 4 juta penduduk dunia maut akibat pandemik itu.

H3N2: Variasi ini kini dianggap endemik kepada manusia n babi. Variasi ini terbentuk dari variasi H2n2 akibat perubahan genetik yang besar dan menyebabkan pandemik HONG KONG FLU pada 1968 n 1969ndengan anggaran 750,000 kematian.
Variasi H3N2 turut meragut nyawa beberapa orang kank2 di AMERIKA SYARIKAT(AS) pada penghujung 2003 n dikenal pasti sebagai sejenis utama selesema bermusim pada Januari 2006.
Variasi H3N2 juga telh menunjukkan peningkatan rintangan terhadap ubat antiviral dari sa2 peratus pada 1994 kepada 92 peratus pada 2005. virus H3N2 manusia kini endemik di kalangan babi di selatan China n mempunyai kebarangkalian bergabung dengan virus H5N1(selesema burung) di dalam badan babi.

H5N1: Variasi ini masih berterusan dianggap membawa ancaman pandemik dunia(jika mudah merebak diantara manusiaa).

H5N2: Kementerian Kesihatan Jepun melaporkan pada Januari 2006 bahawa beberapa pekerja ldang mungkin telah terdedah kepada variasi H5N2 pada 2005 berikutan pembetukan antibodi terhadap vriasi ini.

H7N2: Variasi ini dikesan hnya menjangkiti 2 individu. Seorang di Virginia pada 2002 n seorang lagi di New York pada 2003. kedua2 pesaakit pulih sepenuhnya.

H7N3: Variasi ini dikesan menyebabkan selesema burung di kalangan ternakaan ayam di British Colombai pada februari 2004. Dua kes jangkitan manusia disahkan di kawasan terbabit. Simptom termasuk gejala ringan penyakit seakan Influenza dan konjuktivitis. kedua2 pesakit pulih sepenuhnya.

H7N7: Varisi ini mempunyai potensi zoonotik(berpindah antara spesis haiwan berlainan) yang pelik. Belanda mencatatkan 89 kes jangkitan manusia pada 2003 selepas berlakunya seranagn wabak pada ternakaan ayam. satu kematian dicaatatkan.

H9N2: Variasi ini merupakan Virus selesema burung yang kurang bahayanya. Jangkitan disahkan berlaku pada dua kanak2 di China N Hong Kong pada 1999 n sekali lagi pada seorg kanak2 di Hong Kong pada 2003. ketiga2 kanak2 pulih sepenuhnya.

H10N7: Variasi ini dilaporkan buat pertama kali menjangkiti manusia di Mesir pada2004. Dua kanak2 jatuh sakit, dengan ayah kepada seorang kanak2 terbabit merupakan peniaga ayam..,

AKU KONGSIKAN PENGETAHUAN YANG AKU DAPAAT NI DARI BACA SISIPAAN KESIHATAN DALAM MINGGUAN AHAD 23 OGOS 2009..,
DI HARAP DAPAT AMIK IANYA SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT N IKTIBAR DARI APE YANG TERJADI SEBELUM NI...,

SALAM.......

No comments: