Sunday, September 13, 2009

Kerja Amal

semalam, 12/09/09 telah diadakan majlis mengacau dodol di perkarangan Media Prima Berhad, di sebelah One Utama (OU) di bandar damansara. di sana telah disediakan sebanyak 10 kawah untuk di kacau oleh kite orang. Di mana kite orang itu adalah dari sponsor yg menjalankan aktiviti ini iaitu dari Yayasan Salam Malaysia, NGO & Media Prima Sendiri. Kami yang mewakili Yayasan Salam Malaysia adalah bercampur dengan pelbagai institusi Pusat Pengajian Tinggi. Ianya adalah dari UNISEL, UIA, UITM dan terdapat juga dari wakil Kementerian Belia & Sukan. Semasa hendak pergi ke tapak majlis, kami mengalami pelbagai dugaan dan cerita. Terlepas jauh lak cerita..,
huhuhu.. Majlis bermula pada pukul 10 pg dan berakhir pada pukul 6 ptg. Penganjur telah menjemput khas Pembuat dodol dari Temerloh, Pahang. Dimulai dgn menyusun kawah di tempat masak, pas2 mula menghidukan apii dan seterusnya memasukkan bahan2 yang diperlukan untuk membuat dodol seperti santan, gula merah, gula pasir n sebagainya bagi menyedap n mengharumkan bau dodol tersebut.

Setelah hampir waktu solat, kami bergilir2 mengacau dodol bagi memberi ruang utk tunaikan solat dan berehat sebentar sementara dodol masih lagi cair. kerana pabila telah mula pekat, susah untuk di kacau.

Hampir pukul 5 ptg, dodol kami yang di sepakat beramai2 telah menamakannya semperna nama panggilan aku iaitu dodol bob telah di angkat untuk mula di bungkuskan. Setelah hampir semua siap dengan ditutup dengan bsuhan kawah, kami pergi solat asar berserta dengan membersihkn badan.Segar sungguh badan pas mandi dengan air bilik air Media Prima. Memang syok abis,. Huhuhuhu. Selepas berkumandang azan maghrib, kami berbuka bersama2 dengan ahli n staf tv3. Dengan bacaan doa yang dibaca oleh ustaz, dan di aminkan oleh kami, kami pun mula menjamu selera. selepas solat maghrib, kami berangkat balik terus ke Shah Alam. Mula2 rancang nak g OU tgk wayang, tapi kami semua telah kepenatan, dan terus balik jew.., Penstlah.. Sampai sini sajalah cter ini..,
SALAM..

No comments: